Saturday, April 27, 2013

Kelas Asas Blog i Akademi Bekerja di Rumah

Pendaftaran masih dibuka untuk kelas asas blog.
Yuran pendaftaran RM120,  (kelas pertama sudah penuh)

RM130


RM150

RM180

Kini yuran sudah menjadi RM200
Kalian akan belajar-
1. Belajar asas blog
2.Create blog (personal dan juga bisnes) Selepas pandai, boleh buat seberapa banyak blog
3. Tips penulisan di blog
Bonus Ebook
1. Ebook 
Asas Blog 
2. Ebook Super Wahm Super Mom
3. Ebook Panduan Mula Bisnes butik


Mengapa perlu ada blog
1. Catatkan pengalaman, kemahiran dan minat dalam blog, mungkin ia sesuai untuk dijadikan ebook atau buku.
2. Jadikan sebagai salah satu cara berkongsi kisah motivasi dan inspirasi.
3. Bina pengaruh dan khalayak kalian sendiiri, biasanya pembaca tetap akan bertukar menjadi pelanggan pula.

 4. Blog sangat bagus untuk mempengaruhi atau mempromosi barang atau produk, namun ada cara untuk menyelit iklan bisnes di blog yang sudah diikuti ramai pembaca.


Kini pendaftaran masih dibuka untuk 4 kelas di bawah:
1. Kelas online asas bina blog penulisan - untuk membina blog berpengaruh, blog yang disukai pembaca, belajar menulis blog dengan betul yang dapat menarik traffik ke blog.

2. kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online. Tak tahu cara untuk mula bisnes. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fanpage, fb. Belajar menjana pendapatan bermula rm5, rm10, dan seterusnya. Bagi yang tidak ada produk kami sediakan produk untuk dropship.

3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Bila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.

Kami menyediakan trek untuk bermula. Jika tidak ada produk, kami sediakan produk.
1. Produk fizikal, produk sunnah, buku
2. Produk digital-ebook
3. Agen periklanan
4. Produk runcit dan borong


Kami kini di akademi bekerja di rumah, menerima pendaftaran hampir setiap hari. Uniknya kelas ini adalah fleksibel, secara online, pendaftaran juga online. Alhamdulillah atas rezeki ini yang kami kongsi bersama.

Bagaimana kelas diadakan?
-Kelas adalah secara online
- Kelas adalah fleksibel mengikut masa kalian
-Tugasan diberikan namun ia adalah sangat mudah untuk diikuti.
- Tugasan penulisan dan tips penulisan, agar selepas 44 hari kalian sudah mahir
dan mampu menjadikan informasi blog adalah sesuai dengan sasaran pembaca
-Perlunya blog yang berinformasi dan santai agar dapat membina kredibiliti sekiranya kalian seorang usahawan online.
-Juga boleh dijadikan platform untuk serius di bidang penulisan, mahu menghasilkan ebook atau buku.
- Analisa akan dibuat berdasarkan pendidikan, pengalaman, kemahiran minat dan matlamat yang mahu dicapai. Analisa ini akan menentuka blog apa yang paling sesuai untuk dimulakan memperkenalkan diri dan penjenamaan diri agar dikenali pembaca blog.
-Sudah tentunya kalian tahu, blog adalah salah satu pemasaran yang efektif disamping promosi di facebook.

Berminat?
pm saya di Aisah Hussein


Boleh terus daftar di http://buku-online4u.blogspot.com/p/blog-page_12.html  

atau emel ke noraisah.hussein@gmail.com
---------------------------------------------------------------------------
Teks: Fatin Farhana


Assalamualaikum saya ucapkan.

Blog? Tidak pernah terlintas difikiran untuk membuat blog dan tidak pernah sedar, yang sebenarnya, setiap hari saya mencari maklumat serta membaca perkongsian masyarakat di internet itu, rupa-rupanya, blog namanya.

Setelah mengetahui fungsi serta kelebihan blog, apabila Belajar Asas Blog bersama Puan Masayu Ahmad, gembira bukan kepalang saya dibuatnya. Tidak pernah disangka-sangka yang saya akan terlibat dengan pembuatan blog ini.

Pada suatu hari, saya membelek-belek akhbar Utusan, bahagian Gaya Hidup Keluarga Moden [mode] bertarikh 14.02.2013, akhbar itu telah menjadi koleksi terbaru saya. Tiba-tiba mata saya tertumpu pada tajuk Panduan ibu bekerja dari rumah. Saya memang peka jika ada cerita tentang wanita didalam akhbar.

Dengan fokus dan terujanya saya membaca, terus cari di internet Panduan Bekerja Di Rumah (WAHM,SAHM,SOHO), ketika itu saya belum tahu linknya, lagi bertambah teruja apabila gambar blog di akhbar itu terpampang di skrin komputer, waktu itu juga saya Bookmark dan mencari lagi, tentang pengasas blog tersebut Puan Masayu Ahmad. Selepas membaca beberapa entri dalam blog beliau, di sudut kanan blog terdapat link facebook beliau. Kerana perasaan ingin tahu lebih lanjut tentang beliau, saya jadikan kawan.

Tidak disangka-sangka pula, saya terlihat post beliau tentang Kelas Belajar Asas Blog, setelah PM dan membuat bayaran, pada hari itu juga kelas bermula. Ya Allah, teruja yang melampau saya pada waktu itu. Alhamdulillah, Puan Masayu Ahmad dikenali sebagai kak Mas, telah mengajar saya dari A-Z tentang asas blog, apa sahaja pertanyaan yang diajukan, segera dijawab, dari tidak faham langsung, sehinggalah saya faham penggunaan blog ini. Yuran yang dikenakan amat berpatutan, tidak ternilai ilmu dan masa yang dicurahkan, dengan wang ringgit.


Belum pun sampai sebulan berguru dengan kak Mas, pelbagai ilmu baru yang telah saya perolehi. Bukan sahaja saya tahu tentang blog, malah pencarian gambar, maklumat untuk entri, link-link yang berkenaan, serta hobi-hobi saya yang telah lama dilupakan telah pun dihidupkan kembali, seperti membaca, mengkaji, menulis, dan banyak lagi. Minda semakin kreatif, semangat ingin berjaya membuak-buak. Selain itu yang gembiranya, sesama rakan blog juga, dapat saya belajar perkara baru daripada mereka, pengalaman mereka  menjadi motivasi dan sumber rujukan bagi saya.

Seronok sebenarnya belajar beramai-ramai, dan belajar di alam maya ini. Tidak perlu berkejar-kejar, tidak membuang masa, setiap masa terluang saya, akan diisikan dengan pencarian maklumat dan banyak pembacaan.


Walaupun tugasan yang diberikan agak mencabar bagi anak muda yang tiada pengalaman dalam penulisan, saya cuba dan terus mencuba, belajar terus menerus bersama guru yang tidak pernah jemu dengan pertanyaan saya, yang bagi saya amat sukar untuk berkenalan serta berguru seperti beliau pada masa kini.

Terima kasih yang tidak terkira kepada kak Mas kerana sudi meluangkan masa dan berkongsi ilmu kepada saya dan juga kepada rakan-rakan yang lain.

Jika kita lihat, blog memang mudah dibina dan sesiapa pun mampu membuat blog, tetapi untuk mencipta blog yang menarik serta berpengaruh amat sukar jika tiada guru untuk membimbing, bila-bila masa sahaja kita akan ketandusan idea, serta tidak fokus dan akhirnya, blog itu akan terbiar sahaja tanpa entri baru serta penambahbaikan. Banyak juga blog-blog yang saya lawati, terhenti sekerat jalan.


Jadi, bagi mereka yang berminat untuk mempelajari cara membuat blog yang berpengaruh, dan idea yang tidak putus-putus untuk menulis, carilah guru yang boleh dan ingin membimbing kita. Di mana ada kemahuan disitu ada jalan. Insya Allah.

-----------------------------------------------------------------------------
Teks: Nurulhuda Ismail @Wahid

Penemuan facebook peribadi milik Puan Masayu merupakan titik permulaan saya mengikuti Kelas Asas Blog & Penulisan yang dianjurkan olehnya. Dek kerana saya amat mengimpikan menjadi seorang surirumah tangga sepenuh masa tetapi masih mempunyai sumber pendapatan sendiri bagi membantu suami tercinta menguruskan kewangan keluarga, saya tergerak hati untuk mengikuti kelas ini. Terus-terang, saya tidak ada kemahiran menulis. Malah semasa di bangku sekolah, subjek karangan adalah subjek yang paling lemah buat diri saya. Oleh itu, apabila menemui kelas seperti ini, saya tidak akan melepaskan peluang untuk belajar. Seperti kata guru saya semasa di sekolah dahulu, bakat dan kemahiran seseorang boleh diasah. Tidak selamanya kita akan terus tidak pandai dalam sesuatu kalau kita tidak berusaha untuk mempelajarinya. 

Setelah beberapa siri perbincangan dibuat bersama Puan Masayu, saya akhirnya mendaftarkan diri untuk menjadi salah seorang pelajarnya. Ada 4 sebab utama mengapa saya tidak teragak-agak untuk mengikuti kelas ini:

1) Yuran yang dikenakan amat berpatutan (tidak terlalu mahal untuk dibayar);
2) Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara online sememangnya sangat praktikal dan memudahkan sesiapa sahaja, terutamanya bagi orang-orang yang berkerja seperti saya;
3) Kelonggaran diberikan kepada kami sekiranya kami mempunyai kekangan masa untuk menyiapkan tugasan harian yang diberikan pada masa yang ditetapkan;
4) 'Murid' yang diambil pada setiap sesi adalah dalam saiz kumpulan yang kecil supaya setiap daripada kami dapat dibimbing 'one-to-one' supaya tidak ada diantara kami yang tercicir atau ketinggalan.

Saya sememangnya tidak boleh memberikan komitmen yang tinggi dan berterusan jika kelas yang dibuat wajib dihadiri mengikut jadual yang telah ditetapkan. Faktor kerja dan masa bagi menguruskan anak-anak sendirian selepas waktu kerja amat membataskan saya daripada duduk di hadapan komputer setiap hari untuk mengikuti kelas. Jika kelas yang dibuat dijalankan hanya pada hujung minggu sahaja juga sukar untuk saya ikuti kerana pada masa itulah saya akan menghabiskan masa bersama-sama anak-anak dan suami, berehat, mengemas rumah, pulang ke kampung, malah kadang-kala terpaksa ke pejabat untuk menyiapkan kerja.

Alhamdulillah, saya tidak salah membuat pilihan untuk mengikuti kelas ini. Banyak tips dan ilmu penulisan yang saya pelajari melalui tugasan yang diberikan. Antara tips asas penulisan yang diajar kepada kami ialah:
1) Entri perlu ditulis setiap hari supaya idea lancar mengalir.
2) Konsisten menulis dan menyiapkan tugasan.
3) Banyakkan membaca dalam bidang genre kita supaya mudah memberi input baru dan kesegaran dalan penulisan kita.
4) Tulis dengan jiwa yang ikhlas supaya penulisan kita sampai ke hati pembaca.

Tugasan pertama, kami diberikan beberapa soalan analisis, dan daripada jawapan-jawapan kami itulah Puan Masayu akan memberikan tajuk blog yang bersesuaian mengikut minat dan kemahiran masing-masing. Kemudiannya kami akan diberikan panduan dan tunjuk ajar untuk menulis blog berdasarkan tajuk blog masing-masing. Dan disinilah keistimewaan kelas online ini, semua soalan dan jawapan daripada mentor dan mentee, serta nota dan tunjuk ajar daripada mentor, boleh diajukan dan diberikan pada bila-bila masa mengikut kelapangan kami semua. Entri juga boleh dibuat secara santai dan berperingkat, tiada tekanan langsung yang diberikan oleh mentor Puan Masayu di sepanjang kelas ini. Malah kami juga digalakkan untuk membantu rakan-rakan yang lain sekiranya menghadapi sebarang masalah berkaitan blog, walaupun tajuk dan genre blog kami berbeza di antara satu sama lain.

Bagi saya, semua ilmu, tips dan tunjuk ajar, serta dorongan yang Puan Masayu berikan di sepanjang kelas ini  melebihi daripada apa yang kami bayar. Banyak ilmu yang tidak ternilai yang dikongsikan beliau bersama kami. Tunjuk ajar tanpa jemu, serta tidak memaksa kami untuk menyiapkan semua tugasan pada masa yang tertentu, amat saya perlukan dan hargai. Malah apabila melihat rakan-rakan yang lain dapat menyiapkan entri mereka secara konsisten membuatkan saya juga begitu bersemangat untuk menyiapkan semua tugasan walaupun ada menghadapi sedikit masalah yang menyebabkan saya terhenti seketika daripada menulis sewaktu di minggu pertama kelas.

Saya amat mengesyorkan kepada semua para pembaca yang ingin mempelajari teknik asas blog dan penulisan supaya menyertai kelas ini, kerana kita bukan sahaja mendapat ilmu dan bimbingan di dalam bidang penulisan, malah kita juga akan menghasilkan sebuah ebook dan juga sebuah buku di pengakhiran kelas ini. Ini bermakna, dipenghujung kelas ini, kita bukan sahaja mendapat kemahiran menulis, malah dapat menghasilkan sebuah ebook tulisan sendiri yang pertama, serta memperolehi semula modal yang dilaburkan melalui penjualan ebook tersebut.

Mudah-mudahan, ilmu, jasa dan bakti Puan Masayu mendidik kami melalui Kelas Asas Blog & Penulisan ini dapat memberikan impak yang besar ke dalam hidup kami selepas ini. In shaa Allah, semoga perjalanan kami di sepanjang kelas ini dipermudahkan dan berjaya mencapai matlamatnya. Amin...

Bertindak sekarang.
----------------------------------------------------------------------------------------------

Sumber:  http://mahizannani.blogspot.com/2013/11/ulasan-kelas-asas-blog-dan-fanpage.html

      Perkenalan saya dengan Puan Masayu Ahmad, pengasas Akademi Bekerja Di Rumah adalah secara tidak sengaja. Ketika itu, saya berminat untuk menyertai program HEARTS (Housewives Enhancement Reactivate Talent Scheme) anjuran Kementerian Sumber Manusia. Namun saya diberitahu bahawa kelas HEARTS tidak dapat diadakan di utara kerana kurang sambutan. Mereka meminta saya mendaftar kelas di Kuala Lumpur dan sudah tentu mustahil bagi saya untuk mengikuti program tersebut kerana kekangan jarak dan masa. Masa itulah, terlintas di fikiran saya, alangkah seronoknya kalau saya boleh belajar melalui online sahaja dan kebetulan semasa saya melayari blog Norazizah Sudin, saya terjumpa iklan promosi Kelas Asas Blog ini.

       Tanpa berfikir panjang, saya menyertai Kelas Asas Blog dan Fanpage ini kerana berminat dengan kelas yang berlangsung secara online dan yang paling penting kerana ia sungguh fleksibel. Kesibukan sebagai surirumah sepenuh masa menguruskan 3 orang anak yang masih kecil tidak membenarkan saya meluangkan masa yang tetap untuk mengikuti kelas. Ada ketikanya saya langsung tidak mempunyai masa untuk diri sendiri kerana setiap anak saya yang berumur 7, 4 dan 1 tahun mempunyai keperluan yang berbeza-beza dan sentiasa memerlukan perhatian saya.

        Asalnya, tujuan saya belajar asas blog hanya untuk mengetahui bagaimana cara untuk menarik trafik ke blog kerana walaupun saya pernah mempunyai blog sebelum ini, saya hanya menganggap blog sebagai diari, jadi cara penulisan lebih ke arah meluahkan perasaan sendiri. Setelah menyertai kelas ini, baru saya tahu pendekatan tersebutlah yang membuatkan orang tidak berminat membaca blog kita kerana boleh dikatakan syok sendiri. Kebanyakan orang melayari blog untuk mencari informasi, jadi setiap blog perlu ada hala tuju dan matlamat yang boleh membuatkan follower sentiasa mengikuti apa yang kita tulis di blog.

           Sebelum ini, saya kurang  keyakinan untuk menceburi bisnes online, tambahan pula tiada seorang pun dari keturunan saya yang berniaga, kebanyakannya bekerja makan gaji (walaupun ayah saya seorang peneroka Felda, namun ayah menerima gaji setiap bulan) namun sebaliknya keluarga sebelah suami saya kebanyakannya berniaga sendiri termasuk ibu mertua yang mempunyai restoran sendiri. Galakkan daripada suami, akhirnya saya mencuba mengendalikan sebuah gerai menjual makanan ringan seperti nugget, burger dan air. Namun dengan keadaan saya yang mempunyai 3 anak kecil, agak sukar untuk menguruskan gerai. Pada mulanya saya mengupah pekerja, namun setiap pekerja ada masalah masing-masing dan akhirnya selepas setahun, saya terpaksa menutup operasi kerana tiada orang yang boleh dipercayai untuk menguruskannya. Sekarang saya menjual serbuk iceblended kepada peniaga-peniaga iceblended namun terhad di kawasan sekitar tempat saya tinggal.

             Perkenalan dengan kak Aishah selaku mentor saya, telah memberi keyakinan untuk saya membuat fanpage menjual serbuk iceblended secara dalam talian menerusi jenama NNSNOWBLENDED. Syukur Alhamdulillah, dalam masa 1 hari selepas fanpage dilancarkan, saya mendapat seorang pelanggan dan seorang pelanggan yang berpotensi (potential customer) yang berminat untuk mendapatkan serbuk iceblended saya. Akhirnya, saya berjaya menjual 5 kg serbuk iceblended ke Selangor.

             Kepada kawan-kawan yang ingin berblog, sahutlah peluang keemasan ini. Belajar secara berguru amat berbeza berbanding belajar sendiri melalui pembacaan dan tutorial online. Kita akan belajar teknik-teknik penulisan yang positif dan secara tidak langsung informasi yang kita kongsikan menjadi amalan orang lain akan menjadi ilmu yang bermanafaat iaitu saham akhirat untuk kita. Tuntutlah ilmu selagi hayat dikandung badan.

            Siapa tahu, mungkin dengan permulaan belajar menulis di blog tidak mustahil  satu hari nanti kita akan berjaya menggapai impian dengan bekerja dari rumah di samping dapat membantu keluarga menjana pendapatan tambahan melalui iklan di dalam blog kita. Sesungguhnya tangan yang menghayun buaian juga mampu menggoncang dunia.

No comments:

Post a Comment